Satu lagi kematian akibat influenza A (H1N1) dicatatkan dalam tempoh 24 jam - menjadikan tiga kematian dilaporkan akibat penyakit itu setakat ini.Mangsa terbaru, seorang lelaki rakyat tempatan yang berusia 42 tahun, yang meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur pada jam 4.40 petang semalam. sumber
Tuesday, July 28, 2009
H1N1 korban ke 3
Thursday, July 23, 2009
99% keluarga hadapi masalah akibat kenaikan harga makanan
Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Datuk Aminah Abdul Rahman berkata, tinjauan pendapat yang dijalankan pada tahun lalu mengenai kesan inflasi ke atas keluarga mendedahkan statistik tersebut.
"Kira-kira 44 peratus wanita dari golongan berpendapatan rendah juga berkata, masalah kewangan mencetuskan salah faham di dalam keluarga akibat kenaikan tersebut," The Star Online hari ini memetik beliau berkata.
Ketika merasmikan program pengurusan kewangan keluarga, Aminah berkata, terdapat juga aduan mengenai gangguan along dan amaran dari bank kepada keluarga yang gagal membayar hutang mereka akibat kebuntuan untuk menguruskan kewangan mereka.
Monday, June 22, 2009
Kelantan tuntut royalti RM1 bilion
Sedangkan anggaran pengeluaran petroleum di Kelantan dalam satu tahun kira-kira RM2.5 bilion.
Sehubungan itu kerajaan Kelantan akan membuat tuntutan sebanyak RM1 bilion kepada kerajaan pusat sebagai royalti minyak yang tertunggak sejak tahun 2004.
Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Dato' Husam Musa berkata, Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak wajar menimbangkan tuntutan tersebut selaras dengan konsep '1 Malaysia' yang diperkenalkannya.
"Kerajaan negeri bersetuju supaya Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menulis surat rasmi kepada Perdana Menteri berhubung perkara tersebut," katanya selepas mesyuarat Exco Rabu lalu.
Menurutnya berdasar kepada laporan Jabatan Perdana Menteri yang diedarkan kepada pegawai kerajaan negeri, pengeluaran petroleum di perairan Kelantan sebanyak RM2.5 bilion setahun.
Kata beliau Kelantan antara negeri yang disenaraikan sebagai pengeluar petroleum sejak 2004 dan sepatutnya turut mendapat royalti seperti Sabah, Sarawak dan Terengganu.
Katanya, menurut Jabatan Perangkaan empat negeri terbabit disenaraikan sebagai pengeluar petroleum melalui buletin jabatan tersebut bermula 2004 sehingga sekarang.
"Tahun 2009 merupakan tahun keenam kerajaan pusat tidak membayar royalti kepada kerajaan dan rakyat Kelantan sedangkan hasil yang diperolehi setiap tahun bernilai antara RM2.5 hingga RM2.7 bilion.
"Adalah satu perkara yang sangat memalukan jika kerajaan pusat tidak dapat membayar wang royalti itu lebih-lebih lagi kerajaan kini mengutamakan rakyat," katanya.
Friday, June 19, 2009
PAS anjur 'Karnival Makan Durian'
Pengerusi Publisiti program berkenaan, Zolkifli Lazim berkata, antara tujuan utama program ialah merakyatkan PAS serta tingkatkan perhubungan antara kaum di negeri ini selain mempereratkan tali siratul rahim sesama ahli cawangan.
Program itu dikenakan bayaran RM30.00 satu keluarga yang ingin merasai kenikmatan buah durian Balik Pulau yang segar.
"PAS Cawangan Matahari Naik akan adakan program Karnival Makan Durian dan kesempatan itu menjemput semua rakyat untuk bersama meraikanya. Selain menikmati buah durian yang segar rakyat juga dapat mengenali PAS secara dekat, " tambahnya.
Langkah ini sambung Zolkifli, merupakan usaha terbaru cawangan untuk meningkatkan sokongan dan kepercayaan rakyat terhadap PAS yang hampir-hampir mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) menerusi calon wanita tunggal, Cikgu Asnah Hashim.
Beliau yakin pada pilihan raya umum akan datang sokongan rakyat pada PAS akan meningkat setelah PAS berjaya melebarkan sayap Kelab Penyokong PAS ke tahap membanggakan.
Thursday, June 18, 2009
Setiausaha PAS Kawasan Lipis meninggal dunia
Setiausaha PAS Kawasan Lipis, Haji Abu Hassan Mohd 56, kembali ke rahmatullah pada petang semalam,17 Jun 2009.
Allahyarham mengadu sakit dada selepas menunaikan solat maghrib di surau berdekatan rumahnya dikejarkan ke hospital dan meninggal dunia sejurus dimasukkan ke bilik ICU Hospital Kuala Lipis.
Beliau dilantik menjadi setiusaha PAS Kawasan Lipis sejak 2005, Allahyarham sempat berkhidmat dibawah dua Yang Dipertua PAS Kawasan, iaitu Haji Ramli Abdullah dan Ustaz Ishak Sad.
Timbalan Yang Dipetua PAS Kawasan Lipis, Roslan Zainal berkata, Allahyarham adalah adaah seorang komited dengan perjuangan.sumber
Menyertai gerakan Islam bermula dengan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan akhirnya menyertai PAS dan aktif selepas bersara daripada Radio Televisyen Malaysia (RTM). Allahyarham meninggalkan seorang balu dan empat orang anakWednesday, June 17, 2009
Putar belit kenyataan: Nik Aziz cadang saman Utusan Malaysia
Menteri Besar Kelantan itu berkata, berita yang disiarkan akhbar tersebut sebelum ini sebagai berniat jahat dan ingin memalukannya.
"Saya menafikan sekeras-kerasnya menggunakan perkataan 'nasihat saya mesti didengar' sebagaimana yang dilaporkan akhbar berkenaan bertarikh 15 Jun lalu.
"Bukan watak saya memaksa orang lain mendengar cakap saya, bahkan ia�bukan sejarah dalam hidup saya untuk berbuat demikian seperti disiarkan akhbar terbabit," katanya selepas mesyuarat Exco, hari ini.
Akhbar terbabit pada 15 Jun lalu melaporkan Nik Abdul Aziz menegaskan kenyataan kerasnya terhadap mereka yang menyokong cadangan penubuhan kerajaan perpaduan oleh parti parti, hanya nasihat awal.
Menurut akhbar itu lagi beliau mengingatkan bahawa nasihatnya mesti didengar kerana mempunyai hujah jelas untuk menangkis cadangan yang dianggap sebagai ilham Umno.
Kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz berita itu ditulis dengan memutarbelit kenyataannya, ditambah pandangan penulis sendiri.
Selain pembohongan, katanya ia juga berupa hasutan terhadap saya terutama disebut 'kenyataan Nik Aziz dianggap suci dan selari dengan Islam �oleh sebilangan besar pemimpin, ahli dan penyokong PAS yang ditulis dalam ruangan surat pembaca akhbar sama.
"Selain pembohongan untuk memburukkan nama baik saya, ia juga berupa hasutan supaya rakyat memandang buruk pada saya.
"Saya telah menyerahkan kepada peguam hari ini untuk mengambil tindakan ke atas akhbar terbabit dan penulis rencana (surat pembaca) terbabit," katanya.
Surat pembaca disiarkan akhbar terbabit pada 16 Jun bertajuk 'Nik Aziz memutlakkan nasihatnya bercanggah hukum-hakam.'
Ketika ditanya perasaan dalam menghadapi situasi berkenaan beliau melahirkan rasa dukacita serta rasa malu dengan apa yang berlaku.
Tambah beliau lebih mendukacitakan lagi apabila penulis terbabit �mengajak semua mufti termasuk alim ulamak untuk memberi pandangan berhubung masalah berkenaan.
Tuesday, June 16, 2009
H1N1: Kes ke-18 dikesan hari ini
Seorang lelaki Filipino hari ini disahkan mengidap influenza A (H1N1), kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Ismail Merican.
Dengan itu, jumlah H1N1 yang dikesan di Malaysia meningkatkan kepada 18 kes sehingga ini-malaysiakini.