Pengerusi Publisiti program berkenaan, Zolkifli Lazim berkata, antara tujuan utama program ialah merakyatkan PAS serta tingkatkan perhubungan antara kaum di negeri ini selain mempereratkan tali siratul rahim sesama ahli cawangan.
Program itu dikenakan bayaran RM30.00 satu keluarga yang ingin merasai kenikmatan buah durian Balik Pulau yang segar.
"PAS Cawangan Matahari Naik akan adakan program Karnival Makan Durian dan kesempatan itu menjemput semua rakyat untuk bersama meraikanya. Selain menikmati buah durian yang segar rakyat juga dapat mengenali PAS secara dekat, " tambahnya.
Langkah ini sambung Zolkifli, merupakan usaha terbaru cawangan untuk meningkatkan sokongan dan kepercayaan rakyat terhadap PAS yang hampir-hampir mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) menerusi calon wanita tunggal, Cikgu Asnah Hashim.
Beliau yakin pada pilihan raya umum akan datang sokongan rakyat pada PAS akan meningkat setelah PAS berjaya melebarkan sayap Kelab Penyokong PAS ke tahap membanggakan.
Comments :
Post a Comment