Search This Blog

Wednesday, January 21, 2009

Pro-Aspirasi tewas di UM

Kumpulan pro-Aspirasi yang condong kepada kerajaan, gagal mempertahankan penguasaannya di Universiti Malaya apabila tewas kepada kumpulan pro-Mahasiswa dan calon bebas dalam pilihanraya kampus semalam.

Kumpulan pro-establishment itu hanya mendapat 20 kerusi daripada 41 kerusi yang dipertandingkan.
Manakala kumpulan pro-Mahasiswa memenangi 19 kerusi dan dua kerusi lagi dimenangi oleh calon bebas.

Kekalahan tipis kumpulan pro-Aspirasi itu diumumkan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UM), Prof Madya Datuk Dr Azarae Idris pada jam 3.30 pagi di Dewan Tunku Canselor (DTC) di UM.Dalam pilihanraya kampus lalu, pro-Mahasiswa memenangi 11 daripada 41 kerusi. Dan dalam pilihanraya kampus semalam, kumpulan yang dianggap anti-establishment itu berjaya menambah lapan lagi kerusi.

Kumpulan tersebut menang lapan daripada sembilan kerusi umum dan 13 daripada 32 kerusi fakulti. Calon bebas memenangi dua kerusi fakulti.
Lapan calon pro-Mahasiswa yang menang kerusi umum ialah:
Mohamad Hafiz Ilyas.
Ahmad Syazwan Mohd Hassan.
Mohamad Ridzuan Mohammad.
Nurul Fitrah Mohd Ariffin Marican.
Chong Yah Huei.
Shah Rizul Ayuni Zulkiply.
Low Yu Jie.
Yap Zhehn Jun.
Manakala satu lagi kerusi umum dimenangi oleh calon pro-Aspirasi.

Comments :

have 0 comments at “Pro-Aspirasi tewas di UM”

isu semasa by pedagangsiber daripada pedagang siber