Search This Blog

Wednesday, February 4, 2009

Israel menyerang lagi

Olmert menjanjikan serangan balas paling dahsyat

BAITULMAQDIS: Pesawat pejuang Israel semalam menyerang Gaza lagi, selepas Perdana Menteri, Ehud Olmert mengancam untuk melakukan "serangan paling dahsyat" bagi membalas bedilan roket Palestin, sekali gus tidak mempedulikan rundingan yang diaturkan oleh Mesir bertujuan memperkukuhkan gencatan senjata unilateral yang diisytiharkan oleh Israel dan Hamas 18 Januari lalu. Menurut saksi, pesawat pejuang Israel mengebom terowong di sempadan Gaza, yang disahkan sendiri oleh Menteri Pertahanan, Ehud Barak lewat petang semalam.

“Saya cadangkan Hamas jangan cuba bermain dengan kami,” Barak memberitahu sidang keselamatan di Herzliya, di utara Tel Aviv. “Tentera udara sedang bertindak sekarang di Gaza ketika kita sedang bercakap di sini.” Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton mendesak agar bedilan roket dihentikan dari Gaza dan mengumumkan bahawa beliau akan menghantar semula wakil AS ke Asia Barat, George Mitchell ke rantau berkenaan bagi lawatan kedua dalam masa sebulan.

Comments :

have 0 comments at “Israel menyerang lagi”

isu semasa by pedagangsiber daripada pedagang siber