Search This Blog

Friday, March 20, 2009

isuhangat di perak-Speaker Perak 'ada elemen salah guna kuasa'

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati ada elemen bahawa Speaker DUN Perak, V Sivakumar menyalah guna kuasa sewaktu menggantung Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam exconya.

Ketua Pesuruhjayanya Datuk Seri Ahmad Said Hamdan berkata, pihaknya akan memanggil lagi beberapa Adun termasuk BN bagi memberi keterangan untuk melengkapkan siasatan kes itu, lapor laman web Berita Harian.

"Bagi kita ada elemen salah guna kuasa, SPRM jalankan siasatan... bukan pendakwaan untuk menentukan keterangan berhubung perkara itu dapat dikumpul.

"Setakat ini, siasatan masih berjalan dan kita akan panggil beberapa lagi (wakil rakyat) yang ada ketika kejadian," beliau dipetik berkata di majlis Gerak Mesra SPRM bersama Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah di Kuantan hari ini.

Comments :

have 0 comments at “isuhangat di perak-Speaker Perak 'ada elemen salah guna kuasa'”

isu semasa by pedagangsiber daripada pedagang siber