TAIPING, 23 Mac (Hrkh) � Skuad Pemusnahan Bom Polis Perak telah meletupkan sebutir bom yang ditemui di sebuah bukit terpencil, Kampung Cheh, Bukit Gantang dekat sini jam 10.00 pagi semalam.
Menurut seorang penduduk Kampung Acheh yang tidak mahu di kenali pihak polis mengesahkan bahawa bom lama telah digugurkan semasa perang zaman Jepun dahulu tetapi ianya tidak meletup.
Adalah difahamkan oleh beliau bahawa pada mulanya bom berkenaan dijumpai oleh seorang pemancing ikan ketika mencari cacing di Kg. Bangol Rendang dekat Bukit Gantang jam 12.30 tengah hari kelmarin.
Kemudian, pemancing itu pergi menemui rakan-rakanya untuk mengesahkan sama ada barang yang ditemuinya adalah sebutir bom lama.
Kemudian penduduk Kampung Acheh melaporkan kepada polis di Changkat Jering berkenaan terjumpanya bom lama zaman Jepun itu. - azm _
Comments :
Post a Comment