KUALA LUMPUR, 12 Mac (Hrkh) - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 'menyerbu' pejabat Menteri Pelancongan di ibu negara pagi semalam seminggu selepas menahan seorang setiausaha politik menteri.
Menurut sumber, pegawai-pegawai SPRM keluar dari pejabat menteri berkenaan dengan membawa keluar beberapa dokumen antaranya dua fail berkaitan dengan perwakilan Umno Wilayah Persekutuan.
Malah mereka juga menemu bual dua pegawai kanan di pejabat Dato' Azalina Othman yang terletak di Menawa Dato Onn, Kuala Lumpur namun ketika para pegawai datang kira-kira 10 pagi, Azalina tiada di pejabat.
Rabu lalu, SPRM menahan pegawai tersebut - setiausaha politik, didapati membawa bersama wang tunai RM75,000 dalam keretanya.
Setiausaha Politik itu dan menterinya turut layak untuk bertanding kerusi Majlis Tertinggi. - azm _
Comments :
Post a Comment