9.22am Cuaca di DUN Bukit Selambau baik, sementara di parlimen Bukit Gantang, mulai terang selepas hujan sebentar pagi ini.
8.18am Calon PKR, S Manikumar membuang undi di SMK Taman Ria Jaya. Beliau tiba di pusat pengundian pada jam 8.05 pag.
Kelihatan kira-kira 100 beratur untuk mengundi di sekolah yang sama.
8.15am Pusat pengundian bagi pilihanraya kecil parlimen Bukit Gantang, DUN Bukit Selambau dan DUN Batang Ai dibuka serentak jam 8 pagi ini.
Pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau menyaksikan pertembungan 15 calon - 13 calon bebas dengan calon BN, Datuk S Ganesan dan S Manikumar dari PKR.
Di Bukit Gantang, pertandingan tiga penjuru antara calon BN Ismail Saffian, calon PAS Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan calon bebas Kamarul Ramizu Idris.
Batang Ai pula menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon-calon BN Malcom Mussen Lamoh dan PKR Jawah Gerang.
Seramai 55,562 pemilih layak mengundi dalam pilihanraya kecil parlimen Bukit Gantang, Bukit Selambau (35,140 pengundi) dan Batang Ai (8,009 pengundi).
Pengundi di Bukit Gantang dan Bukit Selambau merupakan merupakan pengundi Melayu, diikuti India dan Cina.
Kebanyakan pusat pengundian dijadual ditutup jam 5 petang, dan keputusan pilihanraya dijangka diketahui seawal jam 9 malam.
Comments :
Post a Comment