Search This Blog

Friday, May 8, 2009

Datuk Ahmad Said ke rumah tokoh PAS

Adakah kedatangan mat said ada agenda lain atau pun sengaja hendak ghertak puak2 deris supaya jgn main2 dgn MB.

Walaupun Datuk Ahmad Said dikatakan "hanya membeli dua ekor kambing" milik ADUN Manir, Datuk Harun Taib, seorang pemimpin Pemuda PAS membuat andaian sebaliknya.

Pertemuan Ahmad dengan bekas ketua Dewan Ulama PAS itu diadakan di rumah pemimpin pembangkang itu di Kampung Kubang Lembek dekat Kuala Terengganu minggu lalu.

Harun mengesahkan Ahmad membeli dua ekor kambingnya jenis boer.
Bagaimanapun timbalan ketua Pemuda PAS Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah memberitahu Malaysiakini, "tetapi saya rasa mereka ada urusan lain. Mungkin ada membincangkan isu-isu politik."

Ahmad berdepan dengan tindakan 18 ADUN Umno yang mahu menyingkirkannya daripada jawatan itu – yang disandangnya bersama bantahan besar susulan kumpulan bekas menteri besar, Datuk Seri Idris Jusoh.

Baru-baru ini, 10 daripada ADUN pro- Idris yang memulaukan persidangan DUN pertengahan bulan lalu dengan alasan nyawa mereka terancam.

Tiga daripada mereka menerima SMS ugutan susulan ura-ura membawa usul undi tidak percaya terhadap Ahmad di persidangan tersebut.

Ketika dihubungi, Harun berkata Ahmad membeli dua ekor kambing jenis boer tetapi tidak mahu memberitahu harganya.

Ditanya sama ada mereka turut membincangkan isu politik khususnya membabitkan usaha 18 ADUN BN tersebut, Harun berkata, "kita bercakap kisah kambing sahaja."

"Tidak eloklah bercakap pasal lain kerana Datuk Ahmad datang hendak membeli kambing," tambahnya, yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Terengganu.

Comments :

have 0 comments at “Datuk Ahmad Said ke rumah tokoh PAS”

isu semasa by pedagangsiber daripada pedagang siber