Seorang pelajar 21 tahun mangsa pertama disahkan positif dijangkiti wabak influenza A (H1N1) atau selesema babi - kes pertama di Malaysia, demikian diumumkan oleh Kementerian Kesihatan hari ini.
"Kementerian ingin memaklumkan mengenai satu kes yang dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh dan telah disahkan
positif influenza A (H1N1) melalui ujian makmal yang dilakukan
pada 15 Mei 2009," kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.
"Ini merupakan kes yang pertama influenza A (H1N1) dikesan di
Malaysia."
Pelajar itu, yang baru pulang dari Amerika Syarikat pada Rabu lalu, mula mengalami demam, sakit tekak dan sakit badan semalam
dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada hari yang sama.
"Beliau telah diberi rawatan antiviral dan berada dalam keadaan stabil," kata Dr Mohd Ismail dalam satu kenyataan di laman web rasmi kementerian berkenaan.
sumber
khutbah sempena pemergian tok guru nik abdul aziz
11 years ago
Comments :
Post a Comment